Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan diarah menyediakan kertas Kabinet berhubung langkah yang boleh diambil dalam membantu pemain industri pelancongan yang terjejas akibat penularan COVID-19.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata arahan yang diputuskan semasa mesyuarat pertama Kabinet hari ini dibuat susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Untuk itu, katanya kementerian akan mengadakan perjumpaan bersama semua pemain industri berkenaan dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi membantu mereka berdepan situasi tersebut.
BACA: COVID-19: 20 lagi kes dikesan, jumlah meningkat kepada 149 - KKM
BACA: COVID-19: KKM jejaki 5,000 jemaah tabligh Masjid Sri Petaling
BACA: COVID-19 kini diisytihar pandemik - WHO
"Satu penjelasan secara spesifik kesan COVID-19 kepada sektor pelancongan telah saya bentangkan kepada Jemaah Menteri pagi tadi yang menyaksikan kementerian diminta menyediakan kertas Kabinet berhubung perkara itu.
"Bagi tujuan itu, kita akan bertemu semua pemain industri bagi mendengar maklum balas serta saranan yang boleh diambil sebelum dibawa untuk makluman dan tindakan Jemaah Menteri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu, di sini, hari ini.
Hadir sama, timbalannya Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Noor Zari Hamat.
Nancy berkata arahan terbaru itu mungkin memerlukan beberapa mekanisme yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani kesan daripada COVID-19 sebelum ini dilihat semula, antaranya memasukkan keperluan perbelanjaan untuk menaik taraf fasiliti tempat tumpuan pelancongan tertentu dalam negara.
Beliau berkata kementerian tidak hanya melihat kepada aspek bantuan kewangan secara one-off yang diberikan kepada pemain industri yang terjejas melalui pakej tersebut tetapi yang lebih utama langkah menaik taraf fasiliti pelancongan untuk meransang kehadiran pelancong domestik.
"Sebenarnya kita telah hantar kepada Kementerian Kewangan berhubung mekanisme dan cara pelaksanaan bagaimana peruntukan daripada pakej tersebut boleh membantu pemain industri yang terjejas," katanya.
Nancy berkata dalam berdepan kekurangan kemasukan pelancong akibat COVID-19, kementerian juga akan mewujudkan duta pelancongan dalam kalangan generasi muda dan memberikan latihan tertentu untuk membantu mereka mempromosikan pelancongan domestik.
Mengenai sama ada Malaysia mampu mencapai sasaran 30 juta kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020), Nancy berkata berdasarkan trend semasa sasaran itu sukar dicapai.
"Dalam hal ini kita kena realistik dan berdasarkan situasi peningkatan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia, kita tidak mungkin capai sasaran yang diletakkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 11 2020
Nancy berkata arahan yang diputuskan semasa mesyuarat pertama Kabinet hari ini dibuat susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia, termasuk Malaysia. -Astro AWANI/ Shahir Omar
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.