KUALA LUMPUR:Selepas hampir dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu mencatatkan angka paling tinggi iaitu 4,275 kes, setakat ini.

Bagaimanapun, perkembangan positif dilaporkan hari ini selepas kes sembuh melepasi angka kes baharu iaitu sebanyak 4,313 kes.

Berikut lima tumpuan mengenai perkembangan kes COVID-19 hari ini: 

1. Angka harian tertinggi dengan 4,275 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.

2. Kes sembuh daripada COVID-19 juga paling tinggi iaitu sebanyak 4,313 kes, jumlah keseluruhan sebanyak 137,019.

3. Sebanyak 4,264 adalah penularan tempatan, sementara 11 lagi kes import.

4. Negeri Selangor terus merekodkan pertambahan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,421 kes.

5. Sebanyak tujuh lagi kematian direkodkan, jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 667 kes.