KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pertambahan sebanyak tujuh kluster baharu pada Selasa.

Kesemua kluster berkenaan terdiri daripada tiga kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan dan satu kluster pusat tahanan.

Berikut perincian bagi setiap kluster berkenaan:

KLUSTER JALAN COCHRANE

- Melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 26 Januari lalu hasil saringan bersasar pengawal keselamatan pusat beli belah.
- Sebanyak 76 individu disaring, 26 kes positif.

KLUSTER JALAN PLATINUM

- Melibatkan daerah Johor Bahru.
- Kes dikesan positif pada 26 Januari hasil saringan bersasar pekerja kilang di Pasir Gudang.
- Sebanyak 66 individu disaring, 33 kes positif.

KLUSTER JALAN PADI MAHSURI

- Melibatkan daerah Kulai, Johor.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil saringan pra pekerjaan di tempat tinggal.
- Sebanyak 28 individu disaring, 25 kes positif.

BACA: COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun

KLUSTER JALAN DELIMA

- Melibatkan daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
- Kes dikesan positif pada 16 Januari hasil saringan individu bergejala melibatkan Institusi Pendidikan Awam.
- Sebanyak 253 individu disaring, 25 kes positif.

KLUSTER KELADI SAGA

- Melibatkan daerah Kulim, Kedah.
- Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan individu bergejala di Kampung Keladi.
- Sebanyak 49 individu disaring, 34 kes positif.

KLUSTER TEMBOK BUKIT BESI

- Melibatkan daerah Dungun, Terengganu.
- Kes dikesan positif pada 4 Januari hasil saringan tahanan Pusat Koreksional Dungun.
- Sebanyak 1,131individu disaring, 99 kes positif.

KLUSTER KAMPUNG BUKIT PUTERA

- Melibatkan daerah Setiu, Terengganu.
- Kes dikesan positif pada 13 Januari hasil saringan kes (SARI) di lokaliti kediaman di Kampung Bukit Putera.
- Sebanyak 293 individu disaring, 25 kes positif.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)