KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan 13 kluster baharu dikenal pasti pada Isnin melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster komuniti dan dua kluster melibatkan kumpulan berisiko.

Salah satu kluster membabitkan petugas misi bantuan banjir di Temerloh, Pahang.

Berikut perincian bagi setiap kluster berkenaan.

Kluster Taman Bahagia
-Melibatkan daerah Temerloh, Pahang.
-Kes dikesan positif pada 20 Januari hasil saringan kontak rapat melibatkan petugas misi bantuan banjir.
-69 individu disaring, 19 kes positif.

Kluster Sri Muda
-Melibatkan daerah Klang, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
-304 individu disaring, 35 kes positif.

Kluster Jalan Waja
-Melibatkan daerah Klang, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang di Bukit Raja.
-1,076 individu disaring, 33 kes positif.

Kluster Sungai Chemubong
-Melibatkan daerah Gombak, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan individu bergejala.
-304 individu disaring, 13 kes positif.

Kluster Jalan Indah
-Melibatkan daerah Johor Bahru.
-Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan bersasar sebuah syarikat Taman Bukit Indah.
-11 individu disaring, kesemua positif.

Kluster Kampung Muhibbah
-Melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor.
-Kes dikesan positif pada 20 Januari hasil saringan individu bergejala melibatkan perhimpunan sosial.
-61 individu disaring, 19 kes positif.

Kluster Jalan Firma Tiga
-Melibatkan daerah Johor Bahru.
-Kes dikesan positif pada 11 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang di Tebrau.
-160 individu disaring, 15 kes positif.

Kluster Industri Apas
-Melibatkan daerah Tawau, Sabah.
-Kes dikesan positif pada 16 Januari hasil saringan individu bergejala melibatkan pekerja kilang.
-51 individu disaring, 22 kes positif.

Kluster Jalan Kerinchi
-Melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur.
-Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan pekerja pembersihan.
-87 individu disaring, 14 kes positif.

Kluster Bukit Palah
-Melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin (Melaka) dan Jempol, Negeri Sembilan.
-Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan kontak rapat.
-171 individu disaring, 38 kes positif.

Kluster Kampung Pahi
-Melibatkan daerah Kuala Krai, Kelantan.
-Kes dikesan positif pada 20 Januari melibatkan pekerja pembersihan.
-44 individu disaring, 18 kes positif.

Kluster Kampung Tualang
-Melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu.
-Kes dikesan positif pada 24 Januari hasil saringan kontak rapat.
-96 individu disaring, 32 kes positif.

Kluster Kampung Bukit Lada
-Melibatkan daerah Temerloh, Pahang.
-Kes dikesan positif pada 11 Januari hasil saringan individu bergejala.
-50 individu disaring, 14 kes positif.