Lebih 4,500 buah perniagaan ditutup dalam tempoh empat bulan penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid menegaskan, jumlah itu merupakan rekod yang diberi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Bulan April syarikat yang ditutup sebanyak 270 syarikat, manakala syarikat yang didaftarkan baru sebanyak 1,854 syarikat.

“Pada bulan Mei juga, sebanyak 1,595 syarikat ditutup manakala 10,936 syarikat dibuka. Bagi Jun 1,595 syarikat telah ditutup dan dibuka 39,931," katanya.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras yang mahu tahu jumlah perniagaan gulung tikar sepanjang pandemik.

Dalam pada itu kata Rosol, daripada jumlah itu, 1,107 syarikat ditutup pada Julai dan 834 syarikat didaftarkan.

Bagi tempoh 1 April sehingga 19 Julai, SSM menerima sebanyak 4,542 permohonan penempatan perniagaan manakala 82,555 perniagaan baru telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.