PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan sebanyak lima kluster baharu.

Berikut perincian bagi setiap kluster berkenaan: 

1. KLUSTER JALAN DUYONG
* Melibatkan daerah Klang, Selangor.
* Kes dilapor positif pada 31 Disember melalui saringan bersasar sebauh syarikat.
* 536 individu disaring, 110 kes positif.

2. KLUSTER PASAR JALAN SENTOSA
* Melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor.
* Kes dilapor positif pada 3 Januari hasil saringan individu bergejala.
* 293 individu disaring, 61 positif

3. KLUSTER JALAN NAKHODA
* Melibatkan daerah Pontian (Johor)
* Kes dilapor positif pada 18 Disember melalui saringan bersasar di tempat kerja
* 152 disaring, 28 positif

4. KLUSTER EHSAN IBOL
* Melibatkan daerah Hulu Perak, Larut, Matang, dan Selama di Perak serta daerah Gombak, Selangor.
* Kes dilapor positif pada 31 Disember hasil saringan individu bergejala.
* 40 individu disaring, 22 positif.

5 KLUSTER TELOK MAS
* Melibatkan daerah Melaka tengah, Melaka
* Kes dilapor positif pada 1 Januari hasil saringan individu bergejala
* 33 individu disaring, 13 positif.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)