Satu lagi daerah iaitu Muar di Johor dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 27 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah Muar merekodkan 44 kes positif COVID-19.

Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 572 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor, masing-masing merekodkan 433 dan 359 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,299 kes.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:


PerakKES
Hilir Perak65
Kinta93
Selangor
Sepang67
Petaling359
Hulu Langat433
Gombak141
Klang167
Hulu Selangor49
Kuala Lumpur
Cheras74
Kepong131
Lembah Pantai572
Titiwangsa122
Putrajaya54
Negeri Sembilan
Seremban261
Rembau53
Melaka
Jasin68
Melaka Tengah51
Pahang
Kuantan91
Jerantut70
Johor
Batu Pahat51
Kluang201
Johor Bharu184
Muar44
Kelantan
Kota Bharu90
Sarawak
Kuching240
Kota Samarahan51
Sabah
Tawau79
JUMLAH3,861




-- BERNAMA