Pihak pengurusan pra-sekolah dan tadika kini membuat persiapan terakhir sebelum menerima semula kanak-kanak di bilik darjah mulai 1 Julai ini.
Bagi sesetengah pihak, mendidik anak-anak kecil tentang normal baharu dalam konteks COVID-19 bukanlah satu cabaran, sebaliknya boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan.
“Apa yang perlu diteruskan ialah keseronokan, sikap cintakan belajar dan seronok untuk ke sekolah,” kata Datin Paduka Zaliza Aslias, pengasas tadika francais 'Genius Aulad'.
“Contohnya, guru-guru telah menyediakan pelbagai permainan, malah untuk mengajar tentang ‘social distancing’ (penjarakan sosial) pun ada permainannya.
“Pembelajaran itu perlu seronok dan tidak semestinya penjarakan sosial tidak menyeronokkan,” ujar Zaliza, dalam temu ramah menerusi program AWANI Pagi, di sini pada Selasa.
Menurut Zaliza, ini bukan kali pertama dia berdepan dengan penularan pandemik. Sebelum ini, dia juga mengambil peranan penting dalam memastikan proses pembelajaran tidak terganggu ketika negara dilanda wabak tangan, kaki dan mulut (HFMD) beberapa tahun lalu.
Berdasarkan pengalamannya, dia mendapati kanak-kanak berupaya memahami tentang penjagaan kebersihan dan skala risiko jangkitan.
“Anak-anak kita sebenarnya faham. Kita perlu terangkan mengenai normal baharu ini kepada mereka, tak boleh sekadar berkata jangan lakukan ini, jangan lakukan itu,” kata Zaliza.
Menurut beliau, ini kerana risiko jangkitan COVID-19 berkemungkinan kekal dalam komuniti dalam jangka masa satu ke dua tahun akan datang.
Bagi memastikan kanak-kanak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu, Zaliza menasihatkan agar pihak pengurusan tadika lain turut meluangkan masa dua ke tiga minggu bagi menjalankan orientasi.
“Mungkin pada minggu pertama dan kedua, dijalankan dahulu orientasi untuk mengajar tentang penjarakan sosial dan pembersihan.
“Ia boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, sama ada Matematik, Literasi atau Bahasa Inggeris, asalkan tema dan kandungannya tentang kebersihan dan penjarakan sosial,” kata Zaliza.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan untuk membenarkan prasekolah dan tadika dibuka semula bermula 1 Julai ini.
Nailah Huda
Tue Jun 23 2020
Pelbagai jenis permainan dan aktiviti boleh dilakukan oleh pihak pengurusan tadika untuk mendidik anak kecil tentang normal baharu. Gambar fail.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.