Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Penting kuarantin, 85 peratus pesakit di Sabah tiada gejala awal - JKNS

COVID-19: Penting kuarantin, 85 peratus pesakit di Sabah tiada gejala awal - JKNS
Daripada 293 kes COVID-19 yang dianalisis di Sabah, 249 kes didapati tidak mempunyai gejala awal. - Gambar BERNAMA
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sangat menekankan kepentingan kuarantin bagi individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar atau dalam negara kerana 85 peratus pesakit positif COVID-19 di negeri ini tidak menunjukkan gejala awal.

Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi berkata daripada 293 kes COVID-19 yang dianalisis, 249 kes atau 85 peratus didapati tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.
"Keadaan ini amat membimbangkan kerana mereka berpotensi untuk menjangkiti kontak rapat tanpa disedari.

"Oleh itu dalam usaha membendung penularan COVID-19, langkah kuarantin ini penting untuk memutuskan rantaian jangkitan agar virus itu tidak merebak dan menjangkiti orang lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya kini masih mengesan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah pergerakan ke luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Amerika Syarikat.

"Begitu juga kepada individu (dari) Sabah yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semenanjung kerana masih terdapat kes COVID-19 yang dilaporkan di sana," katanya.

Dr Christina berkata sehingga Ahad lepas, 53 orang sudah ditempatkan di 24 pusat kuarantin di seluruh negeri ini. - BERNAMA