KUALA LUMPUR:Sembilan kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan keseluruhan 220 kluster aktif dan dipantau setakat ini.

Berikut adalah perincian sembilan kluster baharu hari ini.

1. KLUSTER SERI LANANG

• Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor
• Kes-kes dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember
• Sejumlah 1,020 individu telah disaring
• 173 kes telah dikesan positif

2. KLUSTER JALAN CHU

• Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Kes dilaporkan positif bermula pada 29 Disember
• Sejumlah 70 individu telah disaring
• 44 kes telah dikesan positif

3. KLUSTER TAPAK BINA AWAN PUTEH

• Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Kes-kes dilaporkan positif  bermula pada 29 Disember
• Sejumlah 87 individu telah disaring
• 29 kes telah dikesan positif

4. KLUSTER INTEGRA IKON

• Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Kes indeks dilaporkan positif pada 27 Disember
• Sejumlah 185 individu telah disaring
• 11 kes telah dikesan positif

BACA: COVID-19: 1,925 kes direkodkan, Selangor 747 jangkitan, sembilan kluster baharu

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

5. KLUSTER JALAN SATANG

• Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Hulu    Langat, Klang, Petaling dan Gombak di Selangor; serta daerah Bentong di Pahang
• Kes indeks merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19    pada 20 Disember 2020
• Sejumlah 104 individu telah disaring
• 30 kes telah dikesan positif

6. KLUSTER TEMBOK MEMPAGA

• Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang
• Kes indeks telah dilaporkan positif
• COVID-19 pada 22 Disember 2020
• Sejumlah 504 individu telah disaring
• 284 kes telah dikesan positif

7. KLUSTER TIMBANG DAYANG

• Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah
• Kes indeks telah dilaporkan positif
• Sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif

8. KLUSTER TEGULI

• Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah
• Kes indeks dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020
• Sejumlah 13 individu telah disaring
• 12 kes telah dikesan positif

9. KLUSTER RAMBAI

• Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka; daerah Petaling di Selangor; dan    daerah Rembau di Negeri Sembilan
• Kes indeks telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Disember
• Sejumlah 102 individu telah disaring
• 16 kes telah dikesan positif