Sehingga Khamis, Maghribi telah mencatatkan 708 kes positif wabak COVID-19 dengan 44 kematian dilaporkan di negara itu.
Meskipun peratusan individu yang dijangkiti hanya kira-kira hanya 22.7 peratus berbanding jumlah kes di Malaysia, namun kadar kematian di negara utara Afrika itu jauh mengatasi Malaysia.
Kadar kematian Malaysia setakat Khamis berada pada paras 1.6 peratus berbanding Maghribi yang menyaksikan hampir empat kali ganda lebih tinggi iaitu pada paras 6.21 peratus.
Situasi ini tentunya mengundang kebimbangan mengenai keadaan rakyat Malaysia terutamanya pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di negara itu.
Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Maghribi, Abdullah Zawawi Mohd Zawawi ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan kesemua pelajar Malaysia kini berada dalam keadaan selamat dan baik meskipun perintah berkurung telah dikenakan di negara itu.
Malah katanya, pengajian atas talian di semua universiti di negara itu juga dibuka dan berjalan seperti biasa.
"Di sebalik kekangan ini, kami berharap semua pelajar dapat menamatkan pengajian pada waktu yang sepatutnya," katanya pada Jumaat.
Sementara itu rakannya, pelajar sarjana muda di Universiti Mohammed (V) di Rabat, Abdullah Shuib, memberitahu kerajaan Maghribi bertindak pantas dengan menutup semua pusat pembelajaran termasuk universiti dan sekolah pada 16 Mac lalu, sebaik sahaja wabak itu mula menular masuk ke negara itu.
"Empat hari kemudian, kerajaan (Maghribi) melaksanakan perintah berkurung dengan semua penerbangan domestik dan luar negara tidak dibenarkan melakukan penerbangan," jelasnya.
Perintah berkurung itu katanya, turut menyaksikan semua masjid dan kedai makanan ditutup.
Pun begitu katanya, Kedutaan Malaysia di Maghribi menyediakan bantuan pengangkutan kepada pelajar Malaysia yang mahu keluar membeli barangan keperluan asas.
Dalam pada itu, Mohd Faiz Azhar Mohd Fauzi yang merupakan seorang editor modul Islam berkata, ramai rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas di beberapa wilayah di negara itu.
"Ada yang terkandas hampir dua minggu hingga 20 hari. Jadi mereka terpaksa menyewa hotel atau rumah penginapan memandangkan semua penerbangan keluar masuk ke negara itu dibatalkan," katanya.
Bagaimanapun katanya, pihak Kedutaan Malaysia di Rabat sedang berusaha mengesan mereka dan membantu untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
Umavathi Ramayah
Fri Apr 03 2020
Abdullah Shuib (kiri) dan Abdullah Zawawi Mohd Zawawi adalah antara rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Maghribi.
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
COVID-19: Perintah berkurung di Maghribi, pelajar Malaysia belajar atas talian
Kadar kematian yang tinggi tentunya mengundang kebimbangan mengenai keadaan rakyat Malaysia di Maghribi terutamanya pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di negara itu.