Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup buat sementara waktu bermula hari ini berikutan situasi terkini COVID-19 di negara ini.

Perkara itu disahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menerusi akaun Twitter rasmi beliau.


“Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup sehingga keadaan mengizinkan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau yang menjangkakan ramai pelajar ingin mengunjungi kedua-dua pusat di bawah seliaan kementerian itu sempena cuti sekolah, berkata kesihatan rakyat perlu sentiasa diutamakan.