KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatat peningkatan kecil.

Pada Sabtu, nilai R-naught direkodkan pada 0.96 berbanding 0.95 pada hari sebelumnya.

Negeri Sembilan masih mencatatkan kadar tertinggi melebihi purata kebangsaan dengan 1.05 diikuti Labuan.

Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar di bawah 1.0.

Ini termasuk Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka dan Kedah.

Begitu juga di Perak, Putrajaya, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.

Perlis pula merekodkan sifar kes baharu

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.