KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sembilan kluster baharu melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di kenal pasti.

Berikut perincian bagi setiap kluster tersebut:

KLUSTER JALAN PAKAT

- Melibatkan daerah Kuala Selangor, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 22 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 74 individu disaring, 27 kes positif.

KLUSTER JALAN FAIZAL

- Melibatkan daerah Pontian, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.
- Seramai 400 individu disaring, 68 kes positif.

KLUSTER JALAN SATRIA

- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kes dikesan positif pada 28 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 83 individu disaring, 38 kes positif.

KLUSTER JALAN DEWANI SATU

- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kes dikesan positif pada 28 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 166 individu disaring, 16 kes positif.

KLUSTER INDAH RIANG

- Melibatkan daerah Kuching, Simunjan, Samarahan, dan Saratok di Sarawak.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 150 individu disaring, 20 kes positif.

BACA: COVID-19: 4,094 kes baharu, 10 kematian

KLUSTER JALAN KEJORA

- Melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka serta daerah Bandar Baharu di Kedah.
- Kes dikesan positif pada 15 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 248 individu disaring, 36 kes positif.

KLUSTER INDUSTRI PERAMU JAYA

- Melibatkan daerah Pekan, Pahang.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 95 individu disaring, 11 kes positif.

KLUSTER KAMPUNG KEMANSUR

- Melibatkan daerah Bentong, Pahang.
- Kes dikesan positif pada 16 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 43 individu disaring, 11 kes positif.

KLUSTER TAMAN MAHKOTA IMPIAN

- Melibatkan daerah Labuan.
- Kes dikesan positif pada 28 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 83 individu disaring, tujuh kes positif.