KUALA LUMPUR:Sebanyak sembilan lagi kluster baharu disahkan pada Ahad membabitkan enam negeri iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. 

Berikut adalah perincian kluster baharu yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan:


KLUSTER LINTAS SERAYA

- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 melalui 6 saringan individu bergejala.

- Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER TAPAK BINA PERDANA AVENUE

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.

- Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dilakukan ke atas pekerja sebuah tapak binaan.

- Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 783 individu telah disaring, di mana 202 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER OSMO JAYA

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.

- Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja.

- Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER BELATI

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, dan Pontian di Johor.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108193) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja.

- Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 277 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER WAWASAN GADING

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84752) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

- Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER RENGIT SENTRAL

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang, dan Johor Bahru di Johor.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106476) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.

- Sehingga 3 8 Januari 2021, sejumlah 141 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER MANIK

- Kluster ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan dan daerah Dungun di Terengganu.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke106678) merupakan kes Influenza-like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020.

- Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 168 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER PALOH TUMPAT

- Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112986) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

- Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


KLUSTER STUTONG

- Kluster ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115005) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

- Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.