IPOH:Sekolah Kebangsaan (SK) Klian Pauh di Taiping akan ditutup selama tujuh hari mulai Khamis selepas terdapat kes jangkitan wabak COVID-19 di sekolah berkenaan.
Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata sekolah itu akan dibuka semula pada 30 Okt ini.
"Penutupan ini dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya dalam notis pemakluman penutupan sekolah yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Pendidikan negeri Perak hari ini.
Penutupan terbaharu itu menjadikan sebanyak enam sekolah ditutup di negeri ini susulan pandemik COVID-19.
Lima sekolah lain adalah SK Klebang Jaya; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor dan SMK Dato Haji Mohd Taib di Ipoh; SK Tanah Kebun dan SMK Raja Lope Nor Rashid, Parit Buntar dan SK Lekir Batu 8 di Sitiawan, Manjung.
Sementara itu, enam sekolah yang ditutup tujuh hari sejak 12 Okt lalu iaitu SMK King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SK Convent Kota, SMK Bukit Jana, Kamunting dan SK Taman Jana, Kamunting yang kesemua terletak di Taiping serta SK Ulu Mengkuang di Selama telah dibuka pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 21 2020
Penutupan terbaharu itu menjadikan sebanyak enam sekolah ditutup di negeri ini susulan pandemik COVID-19. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
COVID-19: SK Klian Pauh, Taiping tutup tujuh hari mulai Khamis
Sekolah Kebangsaan (SK) Klian Pauh di Taiping akan ditutup selama tujuh hari mulai esok selepas terdapat kes jangkitan wabak COVID-19 di sekolah berkenaan.