Tiada bukti menunjukkan bahawa individu yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19 akan dijangkiti semula, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata pada kebiasaannya mana-mana individu yang sembuh daripada infeksi virus akan mempunyai imuniti dalam tubuh untuk melawan penyakit berkaitan.
"Memang dikhuatiri jangkitan semula boleh berlaku, tapi setakat ini tiada bukti ini akan berlaku. Selalunya, selepas infeksi viral jarang sekali dapat jangkitan kali kedua sebab boleh dapat perlindungan melalui imuniti kita.
"Di negara China, misalnya, doktor menggunakan plasma darah pesakit yang telah pulih (daripada COVID-19) untuk merawat mereka yang sakit teruk, tapi ini kita perlukan data untuk tahu ia berkesan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sistem pemantauan keselamatan sekolah, di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa setakat ini sebanyak tujuh individu yang dijangkiti COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Selain itu, Dr Lee menasihati orang ramai agar elakkan stigma terhadap mereka yang tiba dari China atau ada kontak dengan kes yang disahkan positif COVID-19 kerana kebimbangan terhadap perkara itu akan hanya akan mengganggu kehidupan seharian.
Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengasingkan mereka yang tiba dari China sekiranya mempunyai simptom jangkitan selama dua minggu dan jika tiada simptom, risiko untuk penularan COVID-19 amat rendah.
"Kontak kepada pesakit COVID-19 juga kementerian akan saring untuk memastikan mereka tidak menjangkiti sesiapa. Bila (ujian) negatif, risiko mereka sebagai punca penyakit agak rendah. Jadi jangan terlalu takut dan ada stigma terhadap mereka yang jadi kontak atau pulang dari China," kata Dr Lee.
Pada majlis itu, Dr Lee, yang juga Ahli Parlimen Gopeng, menyampaikan sumbangan Persatuan Peralatan Komputer dan Digital Perak antaranya kamera litar tertutup kepada 25 sekolah dan pertubuhan kebajikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 15 2020
Beliau berkata pada kebiasaannya mana-mana individu yang sembuh daripada infeksi virus akan mempunyai imuniti dalam tubuh untuk melawan penyakit berkaitan. - Gambar fail
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Ruang udara Sulawesi merbahaya, buat penerbangan dan manusia
Penutupan lapangan terbang dan ruang udara bagi penerbangan komersial di Sulawesi dan kawasan terjejas adalah berpandukan kepada arahan pihak berkuasa Indonesia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, perkara itu berlaku disebabkan pertembungan ideologi yang berbeza antara banyak negara.
Misi Break the Siege of Gaza: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan melihat situasi dan keadaan semasa.
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.