Zon merah COVID-19 di seluruh negara kekal 10 daerah sehingga Khamis dengan Kuala Lumpur merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM, daerah berkenaan merekodkan 155 kes.

Dalam pada itu, di Kuala Lumpur sahaja, zon merah membabitkan daerah Batu dengan 91 kes, Kampung Baru (67) dan Sri Petaling (45).


Selain Kuala Lumpur, daerah Zon Merah dengan kes aktif lebih 40 pula ialah Petaling, Selangor (48), Hulu Langat (45) dan Gombak (86); di Kluang, Johor (58); di Sarawak ialah Kuching (97) dan Kota Samarahan (44).

Sementara itu, enam negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan dan Putrajaya menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila kekal mencatatkan sifar atau tiada kes aktif, setakat 12 tengah hari semalam.

Ini termasuk 80 daerah yang diletakkan di bawah kategori zon kuning dan 111 daerah zon hijau.