Kementerian Kesihatan (KKM) mengenalpasti tiga kluster baharu setakat 24 Jun 2020.

Berikut lima tumpuan sidang media KKM pada Rabu:

1) 45 kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif telah pulih adalah 8,231 kes atau 95.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

2) Enam kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini adalah 8,596 kes.

3) Daripada enam kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import manakala empat kes lagi adalah penularan dalam negara melibatkan kluster baharu.

4) Tiga kluster yang dikenalpasti adalah Kluster Bukit Bintang, Kluster Tapak Pembinaan Kuching, Sarawak dan Kluster Kondominium Hulu Langat.

5) Tiada kes kematian direkodkan hari ini, jumlah kematian kekal 121 kes.