Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan sehingga awal malam ini di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi petang ini, cuaca sama juga dijangka melanda selatan Semenanjung dan beberapa daerah Kerian,Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim .

Selain itu, daerah Batang Padang di Perak serta daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang serta daerah Jeli, Lojing dan Gua Musang di Kelantan turut diramal mengalami cuaca buruk sama.

Sehingga jam 6 petang ini, beberapa kawasan di Bayan Lepas, dan Seberang Perai Utara dilaporkan hujan.

Maklumat lanjut mengenai laporan ramalan cuaca boleh diperoleh menerusi laman web http://www.met.gov.my/ atau Facebook atau Twitter Metmalaysia, @malaysianmet.