Cubaan tiga syarikat menyeludup masuk 112,560 liter air zam-zam dianggarkan bernilai RM2.53 juta menerusi lima kontena digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dalam dua pemeriksaan di Pelabuhan Barat di sini, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) JKDM Putrajaya, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata dalam pemeriksaan pertama pada 7 Okt lepas, sebanyak 38,850 liter air zam-zam yang diisi dalam 3,885 botol 10 liter dianggarkan bernilai RM874,125 ditemui disorokkan dalam dua kontena yang diisytihar oleh pengimportnya sebagai barang makanan dari Timur Tengah.
Dalam pemeriksaan kedua pada 16 Dis lepas pula katanya, sebanyak 73,710 liter air zam-zam yang diisi dalam 7,371 botol 10 liter dianggarkan bernilai RM1.65 juta ditemui dalam tiga kontena diisytihar oleh pengimportnya membawa barangan kelengkapan rumah.
"Air zam-zam merupakan barang yang dilarang untuk dieksport secara komersial oleh Kerajaan Arab Saudi. Malah tiga syarikat terlibat dalam kes ini pula tidak mempunyai permit membawa masuk air zam-zam daripada Jabatan Kesihatan Malaysia.
"Sekarang ini, kita lihat air zam-zam banyak dijual dalam pasaran namun tidak dapat dipastikan ketulenannya. Jadi, kes seperti ini harus diketengahkan supaya masyarakat tidak tertipu," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Latif berkata siasatan awal mendapati modus operandi ketiga-tiga syarikat yang menjalankan perdagangan tekstil itu adalah sama dan pihaknya tidak menolak kemungkinan ia berkaitan antara satu sama lain.
Katanya, pengarah-pengarah syarikat warga tempatan itu termasuk pengarah syarikat ejen penghantaran berkaitan sedang disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.
Dalam pada itu katanya, JKDM Selangor turut menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras dan rokok putih dalam dua pemeriksaan di sekitar Pelabuhan Klang di sini pada 17 dan 19 Dis lepas.
Abdul Latif berkata dalam pemeriksaan pada 17 Dis di sebuah gudang di sini, pihaknya merampas 27,209 liter minuman keras berjenama tanpa duti kastam, disorokkan dalam sebuah kontena yang diisytihar pengimportnya membawa mesin jet air.
Katanya, minuman keras dalam tin dan botol itu dianggarkan bernilai RM136,046 dan melibatkan duti cukai sebanyak RM425,145.
"Pemeriksaan pada 19 Dis di Pelabuhan Utara pula menemukan sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM720,000 dengan jumlah cukai RM4.15 juta dalam sebuah kontena yang diisytihar membawa barangan keperluan peribadi.
"Kastam sedang memburu sindiket dan pihak terlibat yang cuba menyeludup masuk kedua-dua jenis barangan tersebut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976," katanya.
Justeru kata Abdul Latif, pihaknya menggesa masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dan memberi jaminan, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 24 2019
ABDUL LATIF: Kes seperti ini harus diketengahkan supaya masyarakat tidak tertipu. - Foto BERNAMA
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cubaan seludup masuk air zam-zam dianggar bernilai RM2.53 juta, tumpas
Cubaan tiga syarikat menyeludup masuk 112,560 liter air zam-zam dianggarkan bernilai RM2.53 juta menerusi lima kontena digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.