Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan segera mengumumkan kenaikan gaji untuk penjawat awam.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata kenaikan itu mestilah lebih baik memandangkan pekerja dalam sektor awam di negara ini berhadapan dengan cabaran kos sara hidup yang masih jauh jurangnya dengan kadar upah yang diterima.
"Penjawat awam kini tertanya-tanya bila lagi kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji, bulan puasa ini ada atau tidak ada bonus.
"Inilah masa yang terbaik untuk kerajaan umumkan kenaikan gaji, elaun, elaun wilayah serta penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Hari Pekerja 2015 dan Malam Mesra Hari Gawai 2015 di sini, malam tadi.
Beliau berkata walapun keadaan kewangan negara kurang stabil ketika ini tetapi ia bukan alasan untuk kerajaan tidak mengumumkan kenaikan gaji kepada penjawat awam yang telah menunjukkan komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Azih berkata kepimpinan Cuepacs akan terus memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam di negara ini.
Bernama
Fri Jun 12 2015
Cuepacs gesa kerajaan segera umum kenaikan gaji dan bonus. -Gambar fail
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
'Isu #2kerja sudah terlampau melarat' - Ahmad Maslan
Isu #2kerja disifatkan sudah terlampau melarat dan lari daripada konteks asal seperti yang disyorkan pada awalnya.
'Produktiviti kakitangan awam akan terjejas jika buat #2kerja' - CUEPACS
Produktiviti kakitangan awam yang melakukan dua kerja dibimbangi akan terjejas kerana melakukan tugasan melebihi kemampuan diri.
Cuepacs gesa kerajaan segera umum kenaikan gaji dan bonus
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan segera mengumumkan kenaikan gaji untuk penjawat awam.
Cuepacs cadang potongan gaji penjawat awam untuk bantu mangsa banjir
Cuepacs akan mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.