Tutup

Curi tabung masjid: Dua remaja tidak sempat belanja RM30

Curi tabung masjid: Dua remaja tidak sempat belanja RM30
Perbuatan dua remaja berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan. - Foto PDRM
BUTTERWORTH: Dua remaja tidak sempat membelanjakan wang RM30 yang dicuri dari tabung sebuah masjid di Tasek Gelugor, di Pulau Pinang apabila mereka diberkas polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ( SPU) Asisten Komisoner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua- dua remaja berusia 14 tahun yang masih bersekolah itu diberkas di rumah masing- masing pada jam 3 petang.

Penahanan dibuat susulan satu laporan polis dibuat Pengurusan Masjid Jamek Pokok Tampang, Tasek Gelugor selepas mendapati tabung masjid di situ telah dipecah oleh dua lelaki kira- kira jam  4 pagi Jumaat.
Noorzainy berkata, remaja terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas untuk tindakan lanjut.

Katanya, perbuatan dua remaja berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan.

Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian dipercayai berlaku diantara jam antara 10.55 malam hingga 11.03 malam Khamis.
Katanya, suspek yang menaiki motosikal skuter jenis Honda berwarna merah telah masuk ke dalam masjid kira- kira jam 10.55 malam.

"Kedua-dua remaja itu kemudian masuk ke dalam dewan solat dan telah mengumpil peti tabung masjid di bahagian tiang masjid,' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasil siasatan, kedua- duanya mengaku telah mencuri wang berkenaan.

Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua remaja berkenaan negatif namun kedua- duanya di siasat mengikut Seksyen 380 kanun kesiksaan kerana mencuri.

Tag: Honda, CCTV, Seberang Perai, polis, suspek, siasatan, remaja, curi tabung masjid


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.