Cyberjaya, Putrajaya lokasi pilihan ujian rangkaian 5G - Gobind

Cyberjaya, Putrajaya lokasi pilihan ujian rangkaian 5G - Gobind
Gobind Singh berkata dua lokasi ini dipilih kerana telah sedia ada mempunyai rangkaian gentian. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cyberjaya dan Putrajaya menjadi lokasi pilihan dalam pelaksanaan ujian awal rangkaian 5G.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata dua lokasi ini dipilih kerana telah sedia ada mempunyai rangkaian gentian (fibre-ready networks).
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengetuai ujian 5G ini dengan menubuhkan sebuah pasukan khas yang akan turut disertai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Cyberjaya dan Putrajaya.

“Ujian perkhidmatan 5G ini amat perlu, bukan sahaja sebagai sebahagian kemajuan teknologi, tetapi juga memberi peluang kepada kerajaan untuk merangka polisi, peraturan dan pelan spektrum lantaran pelaksanaan 5G adalah berbeza berbanding piawaian sebelum ini,” katanya pada sesi pleno Sidang Kemuncak Pelaburan, Malaysia: A New Dawn, di sini, hari ini.

Beliau pada masa sama memberi jaminan bahawa pada 2023, liputan jalur lebar asas di kawasan berpenduduk dengan kelajuan minimum 30 Mbps merangkumi sekurang-kurangnya 98 peratus.

Tambah beliau, perkhidmatan internet berkelajuan gigabit akan dilaksana di kawasan perindustrian strategik dan berimpak tinggi menjelang 2020 hingga 2023.


Tag: Gobind Singh Deo, MCMC, 5G, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya, Cyberjaya, rangkaian gentian, fibre-ready networks

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.


* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen