Seorang pengguna laman Twitter yang didakwa menghina kemangkatan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah hari ini tampil memberi keterangan.

Dia yang menggunakan mikroblog twitternya @YouTiup memuatnaik tweet yang mengatakan beliau akan memberi keterangan kepada pihak SKMM pada Khamis.

Satu laporan oleh Malay Mail Online menamakan individu terbabit sebagai Stevie Chan.

Menurut Tweetnya, dia akan turut memberi keterangan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun tarikh dan waktu belum diberitahu.



Menurut tweet Stevie pada Rabu pihak SKMM dan polis telah pergi ke rumahnya bagi menjalankan siasatan.

Katanya pertemuan tersebut berjalan lancar dan beliau turut memberi kerjasama kepada pihak SKMM danpihak polis yang hadir.



Stevie sebelum ini telah dikatakan telah memuatnaik Tweet selepas kemangkatan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang dikatakan tidak menghormati institusi Diraja.

Namun Tweet itu telah dipadam olehnya yang selepas itu memuatnaik Tweet meminta maaf kepada ahli keluarga Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.