Polis menahan seorang jutawan kosmetik terkenal semalam selepas didakwa memukul dan mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya, bulan lepas.

Lapor agensi berita Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Siasatan telah dibuat dan individu berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Fadzil, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis juga telah mengambil keterangan usahawan kosmetik berkenaan berhubung kes itu pada Rabu lepas.

Beliau sebelum ini berkata polis ada menerima laporan daripada pembantu rumah warga Indonesia pada 3.55 petang, Sabtu lepas.