Dari hak Bumiputera kepada kes liwat, ini 5 perkara yang dijawab Tun Mahathir di Kesatuan Oxford

Dari hak Bumiputera kepada kes liwat, ini 5 perkara yang dijawab Tun Mahathir di Kesatuan Oxford
Dalam sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson itu, Dr Mahathir menjawab pelbagai isu dan tidak kurang juga berdebat dengan beberapa individu. - Foto Twitter @OxfordUnion
OXFORD: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi penghormatan menjadi pemimpin ASEAN pertama yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford pada Jumaat di sini.

Dr Mahathir memberikan ucapan yang mengangkat tema demokrasi sebelum sesi soal jawab yang mengambil masa hampir satu setengah jam.

Dalam sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson itu, Dr Mahathir menjawab pelbagai isu dan tidak kurang juga berdebat dengan beberapa individu.

Berikut kami senaraikan antara isu yang dikemukakan pada sesi itu.
Isu ISA

Menurut Dr Mahathir, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lepas telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun mereka tampil dengan undang-undang baharu yang lebih mengikat. Malah ketika zaman pemerintahannya dahulu, beliau juga menentang ISA.


Larangan atlet Israel dan dakwaan anti-semitik

Moderator berada dalam situasi yang sukar apabila mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia terhadap Israel. Kita dengarkan jawapan Dr Mahathir.


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pertuduhan liwat.

Dr Mahathir turut ditanyakan mengenai pertuduhan yang dikenakan kepada bekas Timbalanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ini jawapan beliau.


 
Kenapa Malaysia beri keistimewaan kepada warga Bumiputera?

Isu mengenai hak Bumiputera turut ditanyakan ketika sesi soal jawab di Kesatuan Oxford. Tanpa membuka buku sejarah, Dr Mahathir perincikan sejarah kewarganegaraan kaum bukan Melayu kepada pelajar Oxford.


Isu diplomatik Malaysia dan Singapura

Seorang pelajar dari Singapura turut berdebat dengan Dr Mahathir mengenai beberapa isu yang melibatkan diplomatik kedua buah negara. Antaranya ialah mengenai isu air dan juga pertindihan wilayah maritim.






Tag: Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Bumiputera, Singapura, ISA, Melayu, Liwat, air, Oxford Union


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.