Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menegaskan tiada perubahan dari segi dasar penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel di Malaysia.
Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, penetapannya masih melalui Mekanisme Harga Automatik (APM) yang dipengaruhi harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia.
Menurutnya, sejak 30 Mac 2017, harga ditetapkan secara mingguan dan dikuatkuasakan melalui warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Tujuan pewartaan adalah untuk menguatkuasakan kawalan harga jualan runcit petrol dan diesel oleh syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak agar tidak melebihi harga yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
“Begitupun, mulai 29 Februari 2020, KPDNHEP telah menukar mekanisme penguatkuasaan kawalan harga jualan runcit petrol dan diesel melalui Surat Arahan Pengawal Bekalan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Perubahan mekanisme itu bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan pemantauan di peringkat KPDNHEP sekiranya terdapat sebarang pelanggaran arahan di bawah akta yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Tambah beliau, kementerian memandang serius laporan media mendakwa warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dibatalkan.
Dalam pada itu, KPDNHEP komited memastikan pematuhan semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak terhadap harga yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
“Mengambil kira trend semasa harga minyak mentah dunia, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” ujarnya.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Warta Kerajaan Persekutuan terbaru berhubung penetapan harga petrol dan diesel tidak lagi menyebut tentang harga siling atau harga runcit maksimum untuk petrol dan diesel.
Menurut laporan itu lagi, warta bertarikh 3 Jun itu sekadar memaklumkan pembatalan harga siling itu adalah berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 4, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723), Pengawal, dengan kelulusan menteri.
Astro Awani
Wed Jun 10 2020
Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, penetapannya masih melalui Mekanisme Harga Automatik (APM) yang dipengaruhi harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia. - Gambar BERNAMA
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Kempen beli barangan Malaysia ditambah baik - Nanta
Kempen Beli Barangan Malaysia akan terus ditambah baik sejajar dengan keperluan untuk merancakkan sektor perusahaan kecil dan sederhana PKS.
Turun harga pelitup muka bukan dibuat secara mengejut - Menteri KPDNHEP
Keputusan kerajaan menurunkan harga siling bagi pelitup muka pada kadar RM1 seunit daripada RM1.20 bukan dibuat secara mengejut.
Harga siling pelitup muka turun RM1.20 menjelang 15 Ogos
Bagaimanapun, harga ini mungkin boleh diturunkan lagi berdasarkan penilaian berterusan ke atas kedudukan bekalan dan harga pelitup muka.
Dasar penetapan harga petrol, diesel tidak berubah - KPDNHEP
Penetapannya masih melalui APM yang dipengaruhi harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia.
Kadar baharu gunting rambut tidak boleh bebankan pengguna - Menteri
Kadar baharu harga gunting rambut mestilah sejajar dengan kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh pekedai dan bukan membebankan pengguna.
PENJANA lonjak niaga digital hadapi norma baharu - Menteri KPDNHEP
PENJANA yang dirangka kerajaan bagi menghadapi cabaran susulan pandemik COVID-19, membuka peluang lebih luas dalam usaha menghidupkan semula ekonomi.
KPDNHEP terus lakukan pemantauan harga barang menjelang Gawai
Pemantauan di premis-premis perniagaan dan pasar basah juga tetap akan dijalankan terutamanya menjelang perayaan Gawai Dayak tidak lama lagi.
COVID-19: Stok bekalan makanan negara mencukupi - Alexander
Stok bekalan makanan dan barang keperluan asas negara dalam menghadapi tempoh pandemik COVID-19 ketika ini mencukupi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Penetapan harga barang pengguna bukan bersifat politik
Penetapan harga barang pengguna bukan bersifat politik sebaliknya ditentukan melalui teori asas ekonomi iaitu faktor permintaan dan bekalan.
GPS sokong Muhyiddin, demi kestabilan Kerajaan Persekutuan
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.