Dataran Merdeka akan ditutup kepada orang awam mulai 24 Oktober 2018 hingga 2 Ogos 2019.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata penutupan berkenaan dibuat bagi memberi laluan kerja-kerja pembangunan projek 'River of Life' yang kini berada pada fasa pertama, kata Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad dalam kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, orang awam yang melewati kawasan ini adalah dinasihatkan untuk berhati-hati serta menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja tersebut sedang dilaksanakan.

Kenyataan media yang dikeluarkan DBKL mengenai penutupan padang Dataran Merdeka bermula 24 Oktober