Seorang ahli perniagaan yang mengaku dirinya bergelar ‘Datuk Seri’ dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini bagi empat pertuduhan berhubung kes memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ketika bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, minggu lepas.
Liow Soon Hee, 29, yang memakai kemeja putih mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Bagi pertuduhan pertama, Liow didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Lee Weng Poh, 27, di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini pada 6.30 pagi, 27 Okt lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh dengan niat menyerang penjawat awam, Melvin Cheong Mun Khai, 21, yang sedang menjalankan tugasnya sebagai anggota Rela di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Liow didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Leong Jun Jie, 21, dan Melvin di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 untuk pertuduhan pertama, RM5,000 bagi pertuduhan kedua dan masing-masing RM5,000 bagi pertuduhan ketiga dan keempat dengan seorang penjamin.
Beliau turut memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.
Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan kesemua kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan yang boleh dijamin.
“Jaminan hanya untuk menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah. Pohon jaminan yang munasabah,” kata peguam itu.
Hakim Azrul membenarkan Liow diikat jamin RM7,000 untuk pertuduhan pertama, RM4,000 bagi pertuduhan kedua dan masing-masing RM3,000 untuk pertuduhan ketiga dan keempat dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu Liow dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Hakim Azrul menetapkan 14 Dis ini untuk sebutan semula bagi kesemua kes itu.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, Melvin, Lee dan Leong masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang Liow setelah mereka memintanya mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.
— BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2017
Liow Soon Hee dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini bagi empat pertuduhan berhubung kes memukul tiga anggota Rela ketika bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, minggu lepas. --fotoBERNAMA
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.
Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah
Seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.
Bumbung terbang, kereta dihempap pokok
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Tujuh ditahan berhubung insiden gaduh di restoran Pandan Indah
Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang.
Lelaki serang peniaga guna gelas besi ditahan
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menyerang peniaga menggunakan gelas besi, dalam kejadian di sebuah medan selera pada Ahad.
'Tak sangka berubah jadi pendiam petanda Ammar tinggalkan kami'
Ammar merupakan seorang anak yang manja, ringan tulang dan bertanggungjawab dengan adik-beradiknya.