Daya saing Bumiputera dalam ekonomi digital

Daya saing Bumiputera dalam ekonomi digital
KUALA LUMPUR: Analisis Awani kali ini membincangkan tajuk daya saing bumiputera dalam ekonomi digital bersama ahli panel Mohd Rashdan Ramlee, Ketua Pegawai Eksekutif NetCarbon.

Tajuk ini membawa kepada perbincangan cabaran yang dihadapi oleh usahawan Bumiputera di dalam industri yang melibatkan kreativiti dan persaingan yang mereka hadapi.
Menurut Rashdan tidak ramai Bumiputera yang sanggup turun untuk belajar dari bawah.

“Mentaliti itu perlu diubah, dan pengusaha Bumiputera perlu bergabung untuk mewujudkan satu ekosistem perniagaan seperti yang dibuat oleh orang bukan bumiputera” katanya lagi.

Klik video untuk perbincangan penuh Analisis AWANI.