Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah telah mengarahkan struktur papan iklan luar LED Sugarbook di Bangsar dan Bukit Kiara ditarik serta- merta.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL memaklumkan, paparan iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak DBKL mahupun Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menurutnya kenyataan itu lagi, pihak pengendali telah dimaklumkan kandungan iklan itu bersifat sensitif dan melanggar norma masyarakat Malaysia.

"Semalam DBKL telah menerima aduan yang ditularkan di media sosial berkenaan paparan iklan LED berkenaan yang sensitif dan berunsur lucah.

"Hasil siasatan DBKL mendapati pelesen struktur iklan merupakan milik YWP yang telah melantik Out of Home sebagai operator, " menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Iklan itu mendapat perhatian dan bantahan orang ramai yang mendakwa aplikasi itu merupakan laman sosial khusus bagi golongan wanita yang ingin mendapatkan 'lelaki simpanan' dan bertujuan seksual selain memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

Ia menjadi tular sejak semalam.

Pengasas Sugarbook bagaimanapun menafikan aplikasi itu membabitkan aktiviti pelacuran tetapi ia membantu pasangan mencari jodoh,