Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berputus asa memujuk Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said untuk kembali ke agensi itu.
Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata walaupun sasterawan itu telah membuat kenyataan menolak pelawaan itu, namun DBP optimis ia boleh diselesaikan.
"Kita tahu seperti dilaporkan semalam, dia kata (A. Samad) sudah terlambat, kita masih tidak putus asa, kita masih terus berhubung dengan beliau, ini pun kita tunggu sahaja isyarat ke rumah beliau, jika OK, kita akan terus pergi (berbincang)," katanya kepada pemberita di majlis Ramah Mesra DBP Bersama Media di sini hari ini.
Semalam dilaporkan A. Samad menolak pelawaan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu membawanya kembali ke DBP.
A.Samad menyifatkan hasrat itu sebagai sudah terlambat dan beliau sudah lama terpinggir dan tersingkir oleh kerajaan sejak dahulu.
Sementara itu, Dr Mohamed Hatta berkata semua SN adalah ikon DBP dan ikon negara dan rasa kasih-sayang agensi itu dengan semua SN termasuk A. Samad tidak pernah putus.
"Dalam mana-mana hubungan kasih-sayang, tentu ada pasang-surut, kita hormati keputusan beliau, namun masih berharap dan pastinya di sinilah (DBP) tempat dia," katanya.
Dr Maszlee sebelum ini berkata kerajaan akan kembali mempromosi karya-karya A. Samad termasuk membawanya kembali ke DBP.
A. Samad atau nama sebenanya Abdul Samad Muhammad Said menerima anugerah SN pada tahun 1985.
Antara karya terkenal beliau yang diterbitkan oleh DBP ialah Lantai T.Pinkie yang pernah diadaptasi ke bentuk teater dan dipentaskan di Istana Budaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 27 2018
Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata walaupun Samad (gambar) telah membuat kenyataan menolak pelawaan itu, namun DBP optimis ia boleh diselesaikan. - Facebook/A. Samad said
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Nilai sentimental Lantai T Pinkie buat Siti Rohayah
Kisah perempuan joget karya Sasterawan Negara, A Samad Said kembali ke pentas teater selepas 17 tahun.
KLWBC 2020 dan monomania ala Adlin Aman Ramli
Idea menjelmakan semula watak Abdul Fakar si petualang dalam novel Salina karya A Samad Said satu imaginasi kreatif yang sangat menarik.
KLWBC 2020: Vokalis King Rangers Ikon Membaca KLWBC 2020
Pak Samad melahirkan banyak karya hebat dalam genre novel, puisi dan drama pentas. Profilnya sebagai sasterawan terlalu panjang kalau mahu dihuraikan.
A Samad Said 'jentik' pemimpin bersifat 'sasterawang'
Hati-hati dengan kewujudan 'sasterawang', pemimpin yang menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit, itu amaran yang dilontarkan Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said
Novel Salina edisi khas sempena ulang tahun ke-60 bakal dipasarkan
Menurut Helmy Samad, beliau telah lama berhasrat untuk menerbitkan novel Salina edisi khas sempena 60 tahun penghasilannya.
A Samad Said layak untuk Anugerah Nobel - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar berpendapat pihak berwajib sepatutnya berusaha membawa karya-karya sasterawan negara ke tahap yang lebih tinggi hingga layak untuk dicalonkan sebagai pemenang Anugerah Nobel.
Erti Merdeka di mata seniman
Sasterawan Negara, Datuk Seri A.Samad Said berpendapat masih ramai yang meraikan ia sekadar merayakan tanpa cuba memahami ertinya.
Tun M deklamasi puisi sempena kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
Bukan sekadar memimpin negara, malah Tun Dr Mahathir Mahathir berkebolehan mendeklamasikan puisi.
'Buku sekarang mahal' - A. Samad Said
Katanya, bantuan itu boleh digunakan para sasterawan untuk membeli bahan bacaan dan terus menyuburkan sumbangan mereka kepada negara.
Pak Samad minta Hadi keluar PR sekiranya tidak komited
Sasterawan negara Datuk A Samad Said meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat (PR).