Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak membenarkan telefon bimbit, jenama Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan.

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pengendali syarikat penerbangan dan lapangan terbang kecil perlu memastikan tiada siapa membawa telefon bimbit itu di dalam bagasi, bagasi kabin atau membawanya ke dalam kabin.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata jika ada sesiapa didapati membawa telefon bimbit itu di dalam pesawat, dia perlu mematikannya, tidak menggunakan dan mengecasnya dan melindunginya daripada diaktifkan secara tidak sengaja termasuk mematikan sebarang fungsi yang boleh menghidupkan telefon itu, seperti jam loceng.

"Individu berkenaan perlu membawa telefon itu bersamanya dan bukan menyimpannya di dalam ruang simpanan barang di atas kerusi, poket belakang kerusi dan bagasi kabin," katanya. - Bernama