Enam individu termasuk empat warga asing ditahan kerana menyediakan perkhidmatan televisyen satelit tidak berlesen dalam dua serbuan di Seremban dan Kuala Lumpur.
Dalam operasi bersepadu pasukan petugas khas cetak rompak digital yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), 124 set dekoder dianggarkan bernilai RM120,000 turut dirampas.
Operasi itu turut disertai pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hasil siasatan mendapati, syarikat itu dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dan dianggarkan mempunyai lebih 1,000 pelanggan.
Dengan mengenakan bayaran permulaan RM900, pengguna hanya perlu membuat bayaran bulanan di antara RM20 hingga RM50 bergantung kepada pakej yang dipilih.
Menurut Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, perkhidmatan berkenaan tidak dibenarkan dan salah di sisi undang-undang kerana kandungan yang tidak ditapis.
"Satu aspek yang mungkin tidak diketahui umum mengenai penyiaran adalah penyiar seperti Astro atau TV3 tertakluk kepada penapisan filem, jadi ada kemungkinan filem yang tidak dibenar disiarkan, dan ini tidak baik untuk masyarakat," katanya kepada pemberita di pejabat SKMM di sini.
Tambahnya, kebanyakan penyedia perkhidmatan berkenaan juga menggunakan peralatan tanpa mengikut piawaian ditetapkan.
Perkhidmatan tidak berlesen itu membolehkan pelanggan di seluruh negara menikmati siaran televisyen berbayar dari India, Videocon yang mempunyai lebih 100 saluran terutamanya filem dan program-program Bollywood.
"Perkhidmatan tidak berlesen ini sudah beroperasi selama tiga tahun dan mereka menarik pelanggan secara dalam talian menggunakan laman sosial Facebook dan words of mouth (maklumat dari mulut ke mulut)," katanya lagi.
Kesemua yang ditahan sedang direman dan SKMM menjalankan siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan peranti tidak standard.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Jika didapati mereka yang ditahan ada melakukan kesalahan lain, maka agensi yang berkaitan akan menguatkuasakan akta masing-masing," katanya.
Hakim Rahman
Mon Oct 19 2015
Enam individu ditahan kerana menyediakan perkhidmatan televisyen satelit tidak berlesen dalam dua serbuan di Seremban dan Kuala Lumpur.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Dekoder haram: Enam termasuk warga asing ditahan
Enam individu termasuk empat warga asing ditahan kerana menyediakan perkhidmatan televisyen satelit tidak berlesen dalam dua serbuan di Seremban dan Kuala Lumpur.