Tutup

Demonstrasi di KL Sogo berakhir dengan penahanan

Demonstrasi di KL Sogo berakhir dengan penahanan
Seorang peserta demonstrasi terjatuh ketika ditahan polis semasa berlangsungnya satu perhimpunan di hadapan pasaraya Sogo Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2015. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Meskipun mendapat bantahan dari pihak polis, gabungan kumpulan anak muda yang dikenali sebagai "Demi Malaysia" tetap mengadakan demonstrasi #TangkapNajib seperti yang dirancang di hadapan pusat membeli-belah KL Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.

Perhimpunan itu juga kurang mendapat sambutan apabila sebelum ini penganjur mensasarkan penyertaan dari lebih 500 individu sekitar ibu negara namun berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, hanya kira-kira 50 individu berada di situ pada jam 1.30 petang tadi.
Dalam satu tweet gabungan itu yang menggunakan akaun @Demi_Msia, mereka mendakwa seramai 26 aktivis telah ditahan polis sewaktu demonstrasi tadi.

Kenyataan gabungan ini bagaimanapun belum mendapat kesahihan daripada pihak polis. Ketika dihubungi Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata polis akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai demonstrasi ini dalam masa terdekat.
LIHAT: ALBUM FOTO DEMONSTRASI DI SOGO KUALA LUMPUR BERAKHIR DENGAN PENAHANAN 

Semalam, polis telah menahan dua aktivis iaitu Adam Adli dan Syukri Rezab bagi membantu siasatan berhubung cadangan mengadakan protes hari ini.

Menurut peguam Michelle Yesudas, mereka ditahan di hadapan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur dan penahanan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. 

Sebelum ini wartawan Astro AWANI, Mariah Ahmad berada di lokasi untuk membuat laporan langsung di tempat kejadian:


3:32 petang



3:10 petang




3:00 petang




2:42 petang


2.31 Petang
2:27 petang




2:17 petang



2:10 Petang



1:23 Petang

Kelihatan tiga buah trak lori polis dan lebih 40 pegawai polis beserta polis trafik telah berada di sekitar perkarangan Sogo sejak jam 1.15 petang tadi untuk bersiap sedia satu perhimpunan pada jam 2 petang.

Biarpun, telah diberi amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu, gabungan kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai, 'Gabungan Kumpulan Anak Muda Demi Malaysia' hari ini dikatakan tetap akan meneruskan perhimpunan itu di sini.

Pihak penganjur sebelum mensasarkan lebih 500 akan menyertai himpunan ini.