Kerajaan bercadang mengurangkan bayaran denda kesalahan merokok di kawasan larangan daripada RM250 kepada RM150 bagi pesalah yang membuat bayaran denda awal.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan terhadap golongan perokok bukan semata-mata aspek hukuman atas kesalahan merokok di kawasan larangan tetapi lebih penting ia bertujuan mendidik orang ramai serta memberi penjelasan tentang tindakan kerajaan.
"Kita ada 20,000 rakyat yang meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok, sama ada kanser dan sebagainya, sebab itu saya ambil tindakan ini.
"Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah bukan wang ringgit yang kami mahukan dan mengharamkan merokok bukan satu tugas...saya tidak mahu perokok pasif didedahkan kepada asap rokok tersebut yang beri kesan buruk kepada kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Mamogram Percuma Etiqa - fasa ketiga dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) di sini, pada Sabtu.
Kementerian Kesihatan telah menetapkan mulai 1 Januari 2020, perbuatan merokok hanya boleh dilakukan di luar jarak tiga meter dari setiap premis berkenaan.
Bagi kesalahan merokok di kawasan larangan, kompaun sebanyak RM250 boleh dikenakan dan sekiranya gagal membayar kompaun, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.
Sementara itu, Program Mamogram Percuma tersebut yang turut dijalankan di beberapa hospital terpilih di sekitar Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM2 juta menyediakan 6,000 pemeriksaan kanser payudara percuma untuk wanita yang kurang bernasib baik dan berusia 40 tahun ke atas.
Program Mammogram Percuma Etiqa fasa ketiga itu merupakan lanjutan kejayaan fasa satu dan dua program itu yang telah memberi manfaat kepada 11,000 wanita kurang berkemampuan di seluruh Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 23 2019
Kementerian Kesihatan telah menetapkan mulai 1 Januari 2020, perbuatan merokok hanya boleh dilakukan di luar jarak tiga meter dari setiap premis berkenaan.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini
Sistem itu akan memaparkan status penyelesaian pembayaran denda dan pembebasan tertuduh sebagai tahanan lokap yang telah dijatuhi hukuman denda sahaja.
Denda merokok dicadang dikurangkan bagi yang bayar awal
Tujuan penguatkuasaan adalah untuk mendidik orang ramai serta memberi penjelasan tentang tindakan kerajaan.
SSM perkenal Pelan Induk Skim Kepentingan
Skim itu berdaftar dan diiktiraf di bawah 'Financial Service Act 2013' sebagai satu daripada aktiviti pengumpulan deposit yang terkecuali daripada kawal selia di bawah akta itu.