Bapa kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan Nur Aina Nabihah, 9 tahun yang meninggal dunia selepas dipercayai didera pada 31 Januari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohammad Abdullah Mohammaed, 36 tahun sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan majistret Siti Khairiah Abdul Razak.
Mengikut kertas pertuduhan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa dengan niat membunuh sehingga menyebabkan kematian terhadap anak kandungnya itu.
BACA: Nur Aina dipijak sampai terkencing disebat dengan tali pinggang tentera
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di sebuah rumah di Taman Vista Jaya, Lukut, Negeri Sembilan sekitar 8.30 malam hingga 1130 malam pada 31 Januari 2018 lalu.
Sabit kesalahan, tertuduh yang merupakan seorang anggota tentera itu boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.
BACA: Kanak-kanak maut didera, patah rusuk, cedera usus - bapa, ibu tiri ditahan
Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya A. Ashwini memohon tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, laporan forensik dan laporan kimia dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Siti Khairiah kemudian menetapkan 15 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
BACA: 'Saya nampak mata Bihah lebam, dia cakap dia jatuh' - Jiran
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, Nur Aina Nabihah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban pada 31 Januari lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediaman keluarga itu.
Berdasarkan keputusan bedah siasat oleh hospital tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti buah pinggang putus, hati koyak, lebam dalaman pada usus serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
Susulan itu, polis telah menahan bapa kandung dan ibu tiri mangsa berusia 34 tahun pada 1 Februari lalu bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, ibu tiri itu dibebaskan dengan jaminan mengikut seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah dan akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
Raffi Bachik
Mon Feb 12 2018
Mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti buah pinggang putus, hati koyak, lebam dalaman pada usus serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul. - Foto Bernama
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024