Sejumlah 10 premis rumah kedai di pekan Pokok Sena musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi ketika penghuni sedang tidur.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan orang ramai.

Struktur kayu di bahagian atas premis dan konkrit di bahagian bawah menyebabkan api cepat merebak.

Api dapat dikawal sejam kemudian dan tiada mangsa terlibat kecuali seekor anjing ditemui rentung bersebelahan peti besi.