Pusat Transplan Nasional memerlukan lebih ramai menawarkan diri sebagai pengikrar derma organ, khususnya di kalangan kaum melayu.

Statistik Malaysian Dialysis and Transplant Registry mendedahkan, daripada keseluruhan penderma organ selepas kematian, hanya 5 peratus berbangsa melayu, berbanding 57 peratus dalam senarai menunggu organ kebangsaan./

Imam muda asyraf yang juga ikon pengikrar derma organ mengakui, antara faktor kurangnya golongan melayu sebagai penderma adalah kerana masih ragu-ragu dan tidak yakin dengan proses tersebut./

Super= muhammad asyraf mohd ridzuan/imam muda
Cuma mungkin kesedaran bagaimana hendak kami memberi, saya sendiri, pun tak pergi ishytihar tapi pei programn baru isthiyar kadang-kadang kita ni perlukan gunakan medium meminta utk mereka menderka sebab masia ni trend macam tu, bayak saluran kitaberikan cuma mungkin ikon, selebriti tertentu lafazkan kempen secara sukareka supaya semua org paham ini kempen kemanusiaan yg sgt besar

Bagi memperkasakan lagi kempen kesedaran, pelbagai platform disediakan kerajaan termasuk menjalankan kerjasama erat bersama badan-badan agama seperti jabatan kemajuan islam malaysia, institut kefahaman islam malaysia, pejabat mufti dan masjid negara./

Timbalan menteri kesihatan, datuk seri dr hilmi yahaya pada masa sama menyeru umat islam khususnya untuk terus memberi sokongan padu dan komitmen kepada kempen kesedaran yang dijalankan dengan menjadi pengikrar derma organ. /

Sehingga 30 september, hanya 23.38 peratus daripada 266,583 pengikrar merupakan kaum melayu.

Sementara komuniti cina mencatatkan pengikrar tertinggi dengan 49.35 peratus, diikuti india 23.61 peratus dan lain-lain kaum 3.66 peratus. /



Kongsi pengalaman sebagai motivasi

Bagi yusuff hassan, 58 tahun... Kehilangan anaknya 7 tahun lalu dalam kemalangan jalan raya tetap terpahat dalam ingatan mereka sekeluarga./

Berkongsi cerita... Meskipun sedih dengan kehilangan arwah nur mohamad sahiduzzaman... Peneroka dari kuala rompin ini tetap berbangga kerana organ anaknya, dapat digunakan kepada individu memerlukan./

SUPER= Yusuff Hassan
Umur dia15 tahun masa kemalangan, sebab kemalagan tu sy dapat pengalaman baru, maknanya derma organ jadi anak sy kemalangan mati otak, jado doc bgtau mati otak orgyg x boleh selamatkan, tapi organ dia boleh gunakan kepada org yg memerlukan.

Sot yusuf 2
Jadi saya sarankan ada masa peluang ni kita jadi pengikrar sebab apa, jadi tak jadi pendermaan tu no 2, yg penting kita sebagai pengikrar dah buka laluan kepada org lain, sebab sekarang buh pinggang pun 18k,org ni dah boleh buat keja,kalau kita tak bagi laluan, satu pengikrar kalau ikut dalam agama kit aniat kedah dapat 1pahala.

Arwah nur mohamad sahiduzzaman juga merupakan penderma jantung pertama buat tee hui yee yang meninggal dunia pada september 2012.

Bukan sahaja jantung, malah enam organ lain... Paru-paru, hati, dua buah pinggang dan dua kornea turut didermakan selepas nur mohamad sahiduzzaman disahkan mati otak akibat kemalangan.

Sebagai tanda keprihatinan, yusuff bergiat aktif menyertai kempen kesedaran yang dijalankan pelgabai agensi, dengan berkongsi pengalaman serta memberi motivasi bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat berikrar menjadi penderma organ.

Malah, isteri dan enam anaknya yang lain juga berada dalam senarai penderma organ.