Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) iaitu RUU Kewangan (No.2) 2017, RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2017, RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017, RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 dan RUU Timbang Tara (Pindaan) 2017.
Rang Undang-Undang Kewangan (No.2) 2017 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz bertujuan bagi meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan Akta Kewangan 2013.
RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2017 dan RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017 pula bertujuan mengadakan pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara automatik antara kerajaan dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kata Othman.
Othman berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu dicadang bermula tahun depan.
"RUU Kewangan 2017 adalah bagi meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan Akta Kewangan 2013 untuk membolehkan pelaksanaan langkah percukaian yang diumumkan dalam Bajet 2018 di samping melaksanakan keputusan Kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai," katanya.
Sementara itu, RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia bertujuan bagi memansuhkan hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 39B yang memberi lebih ruang kepada mahkamah untuk menggunakan budi bicara dalam menentukan hukuman lebih sesuai terhadap pesalah dadah.
RUU Timbang Tara (Pindaan) 2017) pula dilakukan antara lain bagi menggubal Akta Timbang Tara 2005 (Akta 646) bertujuan untuk menukarkan nama Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) dalam mewujudkan platform yang kukuh untuk menjadikan Malaysia peneraju pusat penyelesaian pertikaian alternatif di persada antarabangsa.
Sementara itu, Azalina dalam kenyataan berkata pindaan yang diluluskan itu perlu dilihat sebagai suatu permulaan yang positif dan selaras dengan keperluan semasa.
"RUU ini diperkenalkan sebagai strategi baharu dalam agenda kerajaan untuk memerangi dadah yang dianggap sebagai musuh utama negara. Sehubungan itu, dalam memastikan keberkesanan RUU ini, semua pihak perlu bekerjasama secara kolektif dalam membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.
"Pindaan RUU ini juga menunjukkan keterbukaan kerajaan dalam mengambil keputusan yang progresif demi kemaslahatan umum," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin depan (18 Disember).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2017
Dewan Negara meluluskan lima RUU hari ini.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Gagal kemuka cukai pendapatan, bekas pengarah syarikat didenda RM8,000, penalti lebih RM200,000
Seorang bekas pengarah syarikat perunding kontrak didenda RM8,000 dan dikenakan penalti RM229,926.36 oleh Mahkamah Majistret.
LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT
Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikena kenaikan cukai.
Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak LHDN diketahui September
Keputusan sama ada waris perlu membayar tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia akan diketahui selewat-lewatnya September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Mente
Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat
Penduduk Switzerland pada Ahad meluluskan pengenalan kadar cukai minimum 15 peratus terhadap syarikat multinasional besar, lapor Sputnik.
Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai: LHDN
Yang sudah berlalu tidak mengapa, lapor saja apa yang diketahui dan LHDN terima secara baik.
Kerahsiaan data pembayar cukai di MyTax selamat dan terjamin - LHDN
Kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.
Belanjawan 2023: Penurunan kadar cukai pendapatan individu beri lebihan duit poket - Ahmad Zahid
Macam-macam boleh dibuat dengan lebihan hingga RM1,300 walaupun bukan dalam bentuk tunai.
Belanjawan 2023 dijangka kekal cadangan pengurangan cukai M40, kenaikan untuk T20
Pengurangan cukai tersebut bertujuan membantu M40 dengan kenaikan kos sara hidup selain meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.
5 Okt dengar rayuan LHDN terhadap Nooryana berhubung cukai pendapatan
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana Najwa, apabila dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran itu.
Jururawat kerugian RM350,000 ditipu Macau Scam
Mangsa terima panggilan telefon dakwa mempunyai tunggakan cukai pendapatan dan diminta untuk melunaskannya.