Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan sistem rel transit dan bas sehingga 1.30 pagi sempena Ambang Tahun Baru 2020 pada 31 Disember ini.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan ia bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan tersebut.

"Lanjutan perkhidmatan ini akan melibatkan 13 stesen LRT, MRT, Monorel, BRT serta 14 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT," memetik kenyataan itu.

Stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan adalah seperti berikut:
Ambang Tahun Baharu
Katanya, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, bagaimanapun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Sementara itu bagi perkhidmatan bas, terdapat beberapa laluan yang akan melanjutkan waktu perkhidmatannya.

"Rapid KL menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut untuk mengelak dari kesesakan lalulintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baru," memetik kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my