Orang ramai diminta untuk sama sama mencari dan menjejaki Patrick Igih.

Kanak kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ini hilang sejak Rabu.

Patrick kali terakhir dilihat di Ladang Kelapa Sawit Rumah Merinding Rapak Pantu Sri Aman, Sarawak.

Pakaiannya ketika itu baju berwarna putih dan kuning serta berseluar panjang hitam.

Tinggi Patrick sekitar 110 sentimeter dan beratnya dalam lingkungan 22 kilogram. Kulitnya sawo matang dan rambut panjang melepasi paras telinga.

Jika ada sebarang maklumat boleh hubungi Inspektor Santro Mathew Latius di talian 014-6151861 dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman di talian 083-322121.

Foto PDRM