Tutup

Dibaham buaya punca mayat lelaki ditemui separuh badan

Dibaham buaya punca mayat lelaki ditemui separuh badan
Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh ladang keluar memancing di kawasan sungai terbabit bersendirian. - Foto Astro AWANI
SANDAKAN: Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui dengan hanya separuh badan di Sungai Segaliud, pada Jumaat, maut akibat serangan buaya.

Identiti sebenar mangsa yang ditemui pada kira-kira jam 4.20 petang itu turut dikenalpasti sebagai Kastelo Karlos berumur 40 tahun.
Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh ladang keluar memancing di kawasan sungai terbabit bersendirian.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, menyedari mangsa tidak balik ke rumahnya sehingga jam 5 petang, Khamis, keluarga mangsa telah mencari mangsa di tebing sungai dan hanya menemui peralatan memancing, motosikal serta telefon bimbit milik mangsa.
BACA: Mangsa hilang ditemui mati, hilang separuh badan

"Pada hari berikutnya usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh pihak bomba,  Pasukan Polis Marin dan dibantu oleh orang kampung.

"Bomba kemudiannya berjaya menemui mayat mangsa lebih kurang empat kilometer dari penemuan motosikal dan peralatan memancing mangsa, " katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Mohd Azhar, hasil siasatan awal polis berdasarkan kecederaan anggota badan dipercayai mangsa telah dibaham buaya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan dan disiasat sebagai Mati Mengejut.

Tag: Sandakan, polis, maut, bomba, mayat, mangsa, mati, serangan, keluarga, baham buaya, memancing


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.