Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kekecewaan terhadap sikap negatif segelintir rakyat Malaysia yang tiada rasa malu walaupun telah melakukan jenayah.

Dalam ucapannya sempena Hari Jepun dan Perasmian Residensi UTMKL di ibu kota hari ini, Dr Mahathir menyelar tindakan golongan tersebut yang tiada sekelumit perasaan bersalah dalam diri mereka biarpun dilabel sedemikian rupa.

“Di sini (Malaysia), kita lihat orang senyum ketika mereka akan dihumban ke penjara…kita lihat mereka senyum walaupun mereka dipanggil sebagai pencuri.

"Mereka ini tiada rasa malu,” kata Dr Mahathir tanpa merujuk kepada mana-mana individu tertentu.