Disangka kucing hutan, rupa-rupanya harimau akar

Disangka kucing hutan, rupa-rupanya harimau akar
Ketika anggota APM tiba, harimau betina ini masih berada di dalam reban dan difahamkan, telah pun membaham tiga ekor ayam. - Foto Astro AWANI
SIK:

Misteri kematian ayam ternakan penduduk Kampung Jelutong, Chepir di sini akhirnya terjawab.

Ia selepas seekor harimau akar ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira 6.50 pagi tadi.


Harimau betina seberat hampir 10  kilogram itu dipercayai  baru sahaja membaham ternakan ayam penduduk.

Ketika anggota APM tiba, harimau betina ini masih berada di dalam reban dan difahamkan, telah pun membaham tiga ekor ayam.
 

 

Harimau akar itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), petang ini.

 

Menurut APM, ini merupakan kes pertamanya berjaya menangkap harimau akar di daerah itu.