Lebih 3 juta pengguna lebuh raya bakal menikmati diskaun tol antara 10 peratus hingga 100 peratus pada 9 Mei ini, manakala rebat tol 20 peratus akan ditawarkan pada 8 Mei dan 9 Mei.

Pengumuman diskaun dan rebat itu dibuat Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), mewakili syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia.

Menurut Sazally Saidi, Yang Dipertua PSKLM, pemberian rebat dan diskaun itu adalah sebagai satu sokongan dan galakan kepada rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi setiap lima tahun sekali.

Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sebaik mungkin bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat.

Diskaun tol antara 10% hingga 100% pada 9 Mei ini, manakala rebat tol 20% akan ditawarkan pada 8 Mei dan 9 Mei.