Gara-gara membunyikan hon kereta, seorang pegawai pemasaran cedera ditikam dua lelaki dalam satu kejadian di bandar raya ini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian kira-kira jam 4 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun itu memandu di Jalan Dato Abdullah Tahir.
Beliau berkata sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki dua suspek lelaki, tiba-tiba keluar dari bahu jalan terus memasuki ke laluan hadapan kereta yang dipandu mangsa menyebabkan dia terus membunyikan hon.
"Berang dengan tindakan mangsa yang membunyikan hon, suspek memberhentikan kereta dan terus keluar menuju ke kereta mangsa dan memaksanya keluar.
"Sejurus kemudian, suspek mengeluarkan pisau lipat dan menikam mangsa di bahagian perut, tangan dan beberapa anggota badan lain berkali-kali manakala seorang lagi bertindak menumbuk mangsa di bahagian muka sebanyak tiga kali,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Shahurinain berkata, mangsa cedera di lengan sebelah kiri, luka di bahagian perut, badan dan sakit di bahagian kepala.
Beliau meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan atau di mana–mana balai polis berhampiran.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Bernama
Bernama
Wed Sep 12 2018
kejadian kira-kira jam 4 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun itu memandu di Jalan Dato Abdullah Tahir.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Status representasi Inspektor Sheila 20 Mac
Status representasi Inspektor Sheila untuk membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran orang awam ditetapkan pada 20 Mac depan.
Belasah penghantar makanan bunyikan hon, tiga suspek diberkas
ACP Cha berkata, tiga lelaki warga tempatan berumur 28 hingga 39 tahun itu ditahan sekitar daerah Klang kira-kira jam 6.30 petang.
Ditumbuk, cermin kereta dipecah kerana bunyikan hon
Suspek turut menumbuk dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan menggunakan topi keledar.
Ditikam gara-gara bunyikan hon kereta
Gara-gara membunyikan hon kereta, seorang pegawai pemasaran cedera ditikam dua lelaki dalam satu kejadian di bandar raya ini, Ahad lepas.