Pelbagai isu yang melanda negara sejak kebelakangan ini tetap tidak menjejaskan semangat patriotik di kalangan rakyat.

Ini terbukti apabila di laman sosial dibanjiri dengan hashtag #sehatisejiwa sejak pagi tadi, sebagai tanda gembira dan teruja dengan Hari Kebangsaan ke 58 negara.

#sehatisejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 58 tahun ini. Media sosial dipenuhi dengan pelbagai ucapan daripada netizen.

Majoriti meluahkan rasa kesyukuran dengan apa yang dikecapi hari ini, selain harapan dan doa untuk masa depan.