Kandungan nikotin dalam rokok elektronik sewajarnya diselaraskan.
Pakar Perunding Kanan Perubatan dan Respiratori Institut Perubatan Respiratori (IPR), Profesor Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif percaya penyelarasan penting bagi membendung ketagihan.
"Masalahnya, setelah ketagih nikotin sukar untuk seseorang berhenti.Itu perkara besar yang kami bimbang," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain dos nikotin, Dr Abdul Razak berkata umur penghisap rokok elektronik juga perlu diberi perhatian.
Ini bagi mengelakkan gejala ketagihan terutamanya dalam remaja.
"Sebenarnya penyelarasan belum dibincangkan lagi. Kita belum ada mesyuarat lagi untuk berbincang perkara ini.Tetapi, saya berpendapat penting bagi mengawal dos nikotin dalam rokok elektronik. Juga umur perokok."
"Penyelarasan perlu sama seperti bahan tembakau dan walaupun nikotin bukan tembakau tetapi dia bahan dari tembakau.
"Jadi saya rasa akta-akta yang diguna untuk tembakau perlu digunakan untuk menjaga anak muda.
"Kerajaan Malaysia tidak mahu anak muda untuk mula merokok. Itu menjadi keutamaan dalam jangka masa panjang.Kalau tiada kawalan, kami bimbang anak-anak muda mula menjadikan rokok elektronik sebagai satu tabiat," tegasnya lagi.
Tambahnya, isu penggunaan rokok elektronik bukan sahaja menjadi topik perbincangan di Malaysia malah ia juga disifatkan sebagai satu isu global.
Kajian tentang kesan jangka panjang penggunaan rokok elektronik memerlukan lebih kurang tiga tahun.
Malah ia masih berada pada tahap awal kajian di kebanyakan negara termasuk negara Eropah dan di Amerika Syarikat, katanya.
"Sehingga sekarang, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga tidak mempunyai bukti yang kukuh tentang kesan rokok elektronik. Kajian yang dilakukan juga tidak begitu meyakinkan kerana ketika ini ia masih awal," ujar beliau.
Sathesh Raj
Mon Nov 02 2015
Kajian tentang kesan jangka panjang penggunaan rokok elektronik memerlukan lebih kurang tiga tahun.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Dos nikotin rokok elektronik wajar diselaraskan elak ketagihan - Pakar
Kandungan nikotin dalam rokok elektronik sewajarnya diselaraskan bagi membendung ketagihan.